Saturday 21 December 2013

Konsert Salamiah Hassan Selepas 42 Tahun Jadi Penyanyi


Salamiah Hassan
PETALING JAYA: Selepas 42 tahun melibatkan diri dalam industri muzik tanah air, penyanyi Salamiah Hassan buat pertama kalinya akan muncul dengan Konsert Gelombang Salamiah Hassan.
Konsert tersebut akan berlangsung bermula 10 Januari sehingga 12 Januari 2014 di Panggung Sari, Istana Budaya, dekat sini.
Salamiah berkata, walaupun sudah biasa menyanyi di depan khalayak, namun dia sedikit sebanyak berasa gentar untuk mengadakan konsert tersebut.
"Sudah lama saya pendamkan hasrat untuk mengadakan konsert sendiri dan akhirnya ia tercapai.
"Terima kasih buat sahabat saya Raja Azmi kerana memujuk saya untuk bersetuju dengan konsert ini. Saya tahu peminat-peminat mengharapkan sesuatu daripada saya dan akhirnya, saya muncul juga dengan sebuah konsert.
"Walaupun sudah lama di bidang ini, jauh di sudut hati saya berasa gentar," katanya kepada mStar Online.
Tambah Salamiah, elemen klasik akan menjadi tema pada konsert tersebut di mana anaknya, penyanyi Atilia turut akan ditampilkan sebagai artis undangan.
Konsert tersebut juga menampilkan Raja Azmi sebagai penerbit, Pat Ibrahim selaku pengarah, Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik manakala Raja Malek dalam penataan seni.
Tiket bagi menyaksikan konsert boleh ditempah menerusi laman www.ticket2u.biz atau hubungi talian 03- 4147-8600 atau 019-211-1600.- mStar

Wednesday 11 December 2013

Konsert Amal Datuk Ramli Sarip : "Blues Buat Teman" di 9 negeri

Ramli Sarip
KUALA LUMPUR: Atas rasa prihatin terhadap rakan seperjuangan yang mengalami kesulitan hidup, Datuk Ramli Sarip bakal mengadakan konsertnya, Blues Buat Teman Tour 2014 pada 19 Januari 2014 bagi membantu teman-temannya itu.
Mereka adalah Yazit (Search), Hamid (Black Dog Bone) dan balu kepada Allahyarham Samad Mian (Lefthanded).
Ramli, 61, berkata, hatinya mula terdetik untuk mengadakan konsert selepas terlihat foto Samad dan terus merancang ingin mengumpul dana bagi membantu mengurangkan beban rakan-rakan seperjuangannya itu.
"Konsert ini merupakan satu penghargaan buat para pemuzik yang pernah terbabit dalam rakaman album Alive (2000) di Synchrosound Studio, Petaling Jaya.
"Ia sebagai satu dedikasi kepada Allahyarham Samad serta Yazit dan Hamid yang menghadapi masalah kesihatan.
"Saya mula terfikir mengadakan konsert ini selepas melihat gambar-gambar lama saya bersama mereka dan selepas setahun merancang, Alhamdulillah ia akan dilaksanakan pada tahun depan di 10 buah lokasi seluruh negara," katanya.
Ramli ditemui pada majlis sidang media konsert Blues Buat Teman Tour 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Selasa.
Turut hadir barisan pemuzik yang terlibat dengan konsert berkenaan iaitu Man Kidal sebagai gitaris, Tom Anuar (dram) Fauzie Zain (Bass), Roza Rasul (Keyboard) dan Paang Zaman (perkusi).
Tambah Ramli, dia merancang untuk menyumbangkan kesemua wang tiket kepada tiga rakannya itu dan bersyukur apabila pemuzik-pemuzik serta kru konsert tersebut setuju dengan cadangan itu.
"Alhamdulillah, apabila niat kita baik, semuanya dipermudahkan.
"Kalau nak tahu konsert ini tiada penaja dan kami adakan konsert ini bagi mengumpul dana tanpa memikirkan wang gaji sendiri. Bukan saya sahaja, tetapi seluruh produksi dan pemuzik sanggup berkorban untuk mengumpulkan dana," ujarnya.
Dalam pada itu, sebuah lagu Blues Buat Teman juga akan dihasilkan dan akan dipersembahkan pada konsert jelajah tersebut.
Konsert jelajah itu akan bermula di Hard Rock Cafe di sini pada 19 Januari 2014, diikuti dengan sembilan negeri lain iaitu Sarawak (14 Februari), Sabah (16 Februari), Pulau Pinang (23 Februari), Perak (1 Mac), Terengganu (7 Mac), Kelantan (8 Mac), Melaka (14 Mac), Johor (28 Mac) dan Singapura (29 Mac).
Untuk keterangan lanjut, hubungi 013-2633938 - mStar

Monday 30 September 2013

GAMBAR2 Sekitar Majlis Persandingan Fouziah Gous & Zhafran

Tak puas lagi kan menatap gambar-gambar persandingan perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran? Kedua-dua mempelai memang melengkapi antara satu sama lain. Muka pun seiras. Insya Allah jodoh yang terbina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
gambar resepsi fouziah gous
Tahniah sekali lagi buat Fouziah Gous dan Zhafran atas mahligai perkahwinan yang dibina. Abang Nara doakan cepat-cepat dapat menimang cahaya mata. Pasti tambah berseri kehidupan anda kelak. 31 lagi gambar sekitar majlis perkahwinan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram CST Production & Instagram Fouziah Gous.
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gousgambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah gous
gambar resepsi fouziah goussumber : beautifulnara

Friday 6 September 2013

Rogol Anak Tiri : Bekas ahli kumpulan R&B dipenjara 20 tahun dan sebat

KAJANG - [Dikemaskini] Seorang bekas ahli kumpulan R&B terkenal tanah air dihukum penjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun, tahun lalu.

Hakim Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas lelaki yang berusia 38 tahun itu setelah mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes  tanpa keraguan munasabah.

Bapa kepada dua anak itu yang kini merupakan guru vokal di beberapa kementerian dan agensi kerajaan kelihatan tenang dan hanya menundukkan wajah ketika hakim membuat keputusan tersebut.

Dalam penghakimannya, Norhazani berkata, keterangan mangsa telah disokong saksi-saksi lain yang tampil memberi keterangan termasuk guru kaunselingnya.

"Saya percaya pada keterangan saksi pendakwaan kerana semua saksi bebas, ditambah kenyataan pegawai perubatan yang mengesahkan koyakan pada alat sulit mangsa," katanya.

Bagaimanapun menurut hakim, keterangan salah seorang saksi pembelaan mengukuhkan lagi pendakwaan, tetapi tertuduh tidak membuat sebarang laporan polis.

"Keterangan yang diberikan semasa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, tertuduh disabitkan dengan kesalahan," katanya.

Sementara itu, tertuduh yang diwakili peguam Azmi Talib dan Mohamad Burok memohon hukuman minimum kerana dia kini menanggung dua orang anaknya yang masing-masing berusia 9 dan 7 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fazlin Abd Zawawi pula memohon mahkamah memberikan hukuman maksimum sebagai pengajaran kerana tertuduh merupakan bapa tiri kepada mangsa.
 
Noor Fazlin menambah, tertuduh sepatutnya menjadi pelindung dan memberikan kasih sayang kepada anak tirinya yang sedang membesar.

Hakim seterusnya mengarahkan agar mangsa dipanggil ke mahkamah untuk memberikan kenyataan berkaitan kesan kejadian tersebut terhadap dirinya.

Semasa dipanggil memberi kenyataan, sambil menangis mangsa berkata,  dia kini berasa tidak selamat, fobia, dan jijik pada diri sendiri selepas kejadian tersebut.

"Saya rasakan masa depan begitu gelap. Saya takut untuk ke sekolah dan merasai tekanan setiap hari.
 
"Malah saya jadi takut pada ayah kepada rakan-rakan saya dan guru lelaki," katanya yang kini ditempatkan di rumah perlindungan.

Mangsa turut menyatakan dia kini hilang kepercayaan pada orang lain meskipun pada ahli keluarga sendiri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, bekas ahli kumpulan R&B itu didakwa merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah, di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika disabit kesalahan.

Peguam tertuduh, Azmi Talib memohon mahkamah menangguhkan hukuman penjara tersebut kerana tertuduh mahu memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu.

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman, bagaimanapun, jaminan ditingkatkan kepada RM80,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sepanjang perbicaraan, seramai lapan saksi pendakwaan dan enam saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Monday 26 August 2013

Filem Namewee hina Melayu


4:20PM Ogos 25 2013 
Satu ulasan disiarkan akhbar Mingguan Malaysia mempersoalkan adegan dalam filem terbaru karya pengarah kontroversi, Namewee, yang didakwa menunjukkan watak satu pasangan Melayu terkena air kencing.

Penulis ulasan tersebut, Rasdan Ahmad dalam tulisannya menyebut, filem tersebut membawa agenda tersendiri dan pengara didakwa "menunjukkan rasa tidak puas hati ke atas orang Melayu".

Menurut Rasdan, filem berkenaan menunjukkan watak yang dilakonkan Namewee, atau nama sebenaranya Wee Meng Chee,
sedang membuang air kecil di tepi jalan selepas cuba merasuah seorang anggota polis.

Menurut ulasannya, air kencing itu kemudiannya terkena pasangan Melayu tersebut yang sedang menunggang motosikal.

Beliau seterusnya mempersoalkan tindakan Lembaga Penapisan Filem yang meluluskan adegan dalam filem Kara King itu.

"Kemungkinan LPF masih buta dalam membaca wacana dalam setiap filem. Adakah terlalu sukar untuk membaca agenda Namewee yang menghina orang Melayu dalam filem ini?

"Apa yang ingin disampaikan oleh Namewee terhadap babak ini? Rasuah dan air kencing (kurang ajar) kepada orang Melayu, adakah ini sememangnya budaya orang Cina di Malaysia?," soalnya.

Ulasan tersebut disiarkan dalam sisipan Pancaindera dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Tuesday 26 February 2013

Mahkamah arah anak Taib Mahmud bayar RM900 ribu pada Shahnaz - bekas isteri


BY MD IZWAN
FEBRUARY 26, 2013
KUALA LUMPUR, Feb 26 — Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud’s son, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib, was today ordered to pay his ex-wife a total sum of RM902,746.69 for child support following the couple’s divorce two years ago.
Mahmud Abu Bekir was wed to Shahnaz Abdul Majid for 19 years from January 9, 1992 with whom he had a teenaged son Raden Murya Abdul Taib Mahmud, who is currently studying in the UK.
The couple officially divorced on March 13, 2011.
The Syariah High Court here ordered Mahmud Abu Bekir to the money to Shahnaz—who had won custody of their son—for Raden Murya’s maintenance, including for his
education, over the past two years within the next 12 days, Akbardin Abdul Kader, a lawyer for Shahnaz told reporters.
“The judge had delivered the order to Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib to pay RM902, 746.69 in 12 days.
“If he fails [to do so], he can be prosecuted,” the lawyer said.
The order by judge Mohd Amran Mat Zain had been delivered in chambers.
Akbardin also said all guardians to a child from a marriage were allowed by the court to apply for interim maintenance under section 201 of the Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act.
Shahnaz, 48, had initiated a court case against Mahmud Abu Bekir in February 2011, demanding her then-estranged husband pay her RM100 million in alimony and RM300 million in matrimonial property.
In her divorce application, Shahnaz, who holds an MBA in Finance and was at one time a director of the family-owned Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB), said she wanted to end their marriage under the Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984 because he has not given her “nafkah batin” (conjugal rights) since 2001.
The sister of Malaysian jazz queen, Datuk Sheila Majid, also accused Mahmud Abu Bekir of punching her head, face and eyes; kicking her in the ribs; and throttling her — in addition to verbally abusing her with derogatory words, and thereby causing emotional and mental stress.
The divorce proceedings has put the wealth of the Sarawak chief minister’s family in the spotlight at a time of growing scrutiny ahead of state polls.
The alimony claim hearing will resume on March 13 and 14 at the Syariah High Court here.

Thursday 14 February 2013

Arwah Ibu Minta Catriona Hantar Anak Ke Kelas Agama



Catriona Ross
PETALlNG JAYA: Pelakon Catriona Ross sentiasa teringat kata-kata ibu yang berpesan supaya dia menghantar dua anaknya ke kelas agama pada kali terakhir mereka berjumpa iaitu kira-kira dua minggu lalu.
Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, berkata, pesanan itu dibuat kerana ibunya, Siti Zawiyah Ab Rahman, 63, mahu dua anak Catriona iaitu Sephia Rani Ross’iddin, 3, dan Jammal Raess Ross’iddin yang baru berusia enam bulan dapat mendoakan ibu bapa selepas mereka meninggal dunia.
"Ibu tidak bersikap pelik cuma saya sering terkenangkan kata-katanya supaya menghantar anak-anak saya ke kelas agama supaya mereka nanti boleh mendoakan saya apabila saya meninggal dunia kelak.
"Kami menghabiskan masa bersama seperti biasa semasa saya pulang ke Kota Baharu (Kelantan) dua minggu lalu. Saya tidak menyangka ia adalah pertemuan kami yang terakhir," katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Rabu.
Beginilah keadaan kereta Proton Saga yang dinaiki Siti Zawiyah dan tiga yang lain sehingga meragut nyawanya.
Siti Zawiyah merupakan antara tiga mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 61.8 Lebuh Raya Timur-Barat di Gerik, Perak awal pagi Rabu apabila Proton Saga yang dinaiki mangsa cuba memotong deretan kereta dan bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan sebelum terbabas ke dalam longkang berhampiran.
Dua lagi mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira 1 pagi itu ialah Sitah Abdullah, 53, dan Norini Abdul Ghani, 43.
Ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu, Mustapa Che Su, 54, cedera parah dan dirawat di Hospital Taiping.
Kesemua 29 penumpang bas tidak cedera.
Dalam pada itu, Catriona memberitahu, ibu dan tiga rakannya itu sedang dalam perjalanan ke Kedah kerana mempunyai urusan sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.
Gambar kenangan, ibu Catriona memeluk seorang cucunya.
"Doktor memberitahu punca kematian ibu kerana mengalami patah tengok selain kecederaan pada bahagian kepala.
"Arwah telah selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan berdekatan dengan rumahnya selepas solat Maghrib (pada Rabu)," katanya.
Sementara itu, Catriona mengakui pada mulanya dia sukar menerima berita tersebut namun reda dengan kehilangan orang tersayang.
"Saya pada mulanya tidak percaya dan menganggap berita yang disampaikan hanya diperbesar-besarkan.
"Namun apabila tiba di hospital barulah saya sedar bahawa ibu benar-benar telah tiada dan wajahnya cukup tenang. Saya akan sentiasa merinduinya selepas ini," jelasnya.
Tambah Cat, dia juga bersyukur keadaan fizikal ibunya juga tidak teruk cuma mengalami lebam pada bahagian telinga dan leher.

Tuesday 5 February 2013

Cico Harahap (anak Uji Rashid) bertatu?


..
Boleh tahan lama juga pelakon dan penyanyi, Cico Harahap menyepi dari industri seni. Khabarnya sejak anak kepada kepada penyanyi legenda tanahair kita, Uji Rashid ini mendekatkan diri dengan kelas-kelas agama, beliau sudah menpunyai kehidupan bahagia bersama anak-anak dan isteri.
Namun satu berita yang mengejutkan apabila beberapa keping gambar terpampang di blog hiburanrotikaya.com. yang menunjukkan seorang lelaki mirip wajah Cico, sedang bersuka ria bersama teman-teman di pulau perhentian baru-baru ini. Difahamkan pelakon Puteri Impian itu kini menetap di sana.

Tambah mengejutkan Cico dilihat tanpa segan silu memperlihatkan tatu yang ada di sebelah kanan bahunya sambil memegang tin minuman keras.

Mungkin juga pelanduk dua serupa. Atau, mungkin juga... errr, tak tahu la nak kata apa.
..
..
..
- mD

Azmil Mustapha tolak bidang politik, kembali dalam industri seni



NOR ATIEYAH YUSOFF
5 Februari 2013
Azmil Mustapha
Azmil Mustapha
Azmil Mustapha
Azmil Mustapha dan keluarga
SEBUT nama Azmil Mustapha atau Ustaz Azmil mungkin ramai yang kurang mengenalinya berbanding Ali Setan yang sehingga kini masih segar di kebanyakan fikiran ramai.

Bergandingan bersama Fauziah Ahmad Daud sebagai Asmidar, filem Ali Setan itu berjaya melonjakkan nama Azmil sebagai pelakon filem terkenal tanah air.

Menerusi lakonannya itu juga, Azmil berjaya meraih gelaran Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Festival Filem Malaysia (FFM) pada tahun 1996 dan namanya juga pernah tercalon dalam kategori sama dalam filem Mekanik pada tahun 1983.

Seiring kegemilangannya, Azmil turut membintangi 20 filem antaranya, Iman Alone (1998) dan 50/50 (1991).

Langit tak sentiasa cerah, karier seninya mula merosot sementelah berdepan dengan kegawatan ekonomi pada 1997. Di saat itu, Azmil mengakui kurang mendapat tawaran lakonan dan turut berdepan dengan kesempitan hidup.

Dalam kegelapan, Azmil bersyukur kerana akhirnya Ali Setan ini mendapat hidayah ALLAH SWT dan perubahannya mengejutkan ramai peminatnya.

"Saya berubah setelah mendapat hidayah dari ALLAH SWT dan sudah sampai masa untuk saya hidup di jalan benar," katanya.

Jika ada segelintir artis yang menyertai politik selepas berhijrah, namun berbeza dengan Azmil.

"Saya tidak berminat untuk terlibat dengan mana-mana politik.

"Saya lebih suka berceramah dengan bebas tanpa terikat dengan mana-mana pihak," katanya yang banyak terlibat dengan program keagamaan sebelum berhijrah ke Syria untuk memulakan kehidupan baru.

Dari Syria ke Pattani

Susulan peperangan yang berlaku di Syria, Azmil bersama empat anaknya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia selepas lima tahun menetap di sana sejak 2006.

Biarpun keputusan tersebut diambil dengan berat hati, namun beliau terpaksa pulang ke tanah air demi keselamatan diri dan keluarga setelah menerima nasihat daripada Kedutaan Malaysia.

"Jika diikutkan saya tidak mahu pulang ke Malaysia, namun keadaan memaksa kami kerana keselamatan di Syria tidak terjamin dan peperangan yang berlaku mungkin berlanjutan lebih lama.

"Namun, hati saya masih di Syria walaupun kembali ke Malaysia dan masih menyimpan hasrat untuk ke bumi anbia itu lagi," katanya.

Tetapi, setelah setahun lebih berada di Selangor Azmil bergiat aktif untuk memulakan beberapa projek kebajikan namun semuanya mengalami kegagalan.

"Akibat kecewa dengan usaha yang dirancang tidak menjadi, saya memohon petunjuk ALLAH SWT dengan melakukan iktikaf di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz selama 10 hari di bulan Ramadan lalu ternyata memberi petunjuk kepada saya.

"ALLAH (SWT) telah memberi ilham untuk saya berhijrah ke Pattani dan menetap di mukim Telubo, berdekatan dengan kilang percetakan al-Quran terbesar Asia Tenggara.

"Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan Allah kerana penghijrahan saya ke sana tanpa apa-apa bekalan, mendapat bantuan daripada pemilik kilang tersebut," katanya.
Walaupun tinggal bersendirian tanpa kehadiran anaknya, Azmil pulang ke Malaysia untuk menjenguk mereka dan rumah pusaka arwah ibunya di Shah Alam.

Sedia jadi hos, kembali berlakon

Sekian lama namanya tidak kedengaran, Azmil tidak menolak kemungkinan dia akan muncul semula di kaca televisyen dan mendapat beberapa tawaran mengacara program TV melalui rangkaian Astro.

"Saya masih dalam perbincangan awal dengan Pengurus Besar Saluran Oasis, Haji Izelan Basar dan beberapa pertemuan bersama penerbit saluran Oasis baru-baru ini.

"Tetapi, persetujuan ini tertakluk kepada kandungan dan jenis pengisian program yang terdapat dalam rancangan yang bakal dicadangkan," katanya.

Azmil juga tidak menolak sebarang tawaran untuk berlakon atau mengacara selagi tidak bertentangan dengan pegangannya kini.

Jelas Azmil, ketika berada di Syria, dia masih tidak melupakan darah seni yang mengalir dalam dirinya.

"Saya pernah menghasilkan dua filem dokumentari Deen in Dublin: Part One and Two ketika menetap di Syria yang ditayangkan di Britain pada Disember tahun lalu.

"filem ini  mengisahkan kehidupan umat Islam di Dublin yang sangat harmoni tanpa mengira perbezaan bangsa dan budaya.

"Ia merupakan hasil kerjasama saya bersama anak-anak dan Dr Zulkarnain Kedah," kata bapa kepada Syamira (27), Nur Azalya (22), Nur Amalia (21), Muhammad Bazli (18) dan Nur Alya Iman (12).

Tak menyesal jadi artis

Mengimbau perjalanan karier seninya, Azmil mengakui tidak menyesali keputusannya untuk terjun ke bidang hiburan kerana penglibatan dalam dunia hiburan adalah darah dagingnya.

Pelakon berusia 60 tahun itu berkata, dunia hiburan dan seni merupakan sebahagian dari kehidupannya sejak belajar di bangku sekolah sehingga melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.

"Ketika belajar di sana, saya turut mempunyai band sendiri terdiri daripada empat orang dan saya vokalisnya.

"Pada masa yang sama juga, saya gemar menonton filem pada setiap minggu dalam dua tiga kali," katanya.

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa Azmil mendapat latihan lakonan namun pada dasarnya, dia menerima tawaran berlakon secara kebetulan daripada pengarah, Othman Hafsham kerana tidak bekerja.

Setelah menerima tawaran berlakon dalam filem Mekanik, bakat Azmil dalam lakonan semakin terserlah.

"Siapa yang mahu menolak apabila ditawarkan RM10 ribu untuk berlakon filem.

"Tambahan pula, saya memang tengah pokai jadi tawaran tersebut terus diterima," katanya mengenai penglibatan awal dalam dunia seni.

Walaupun bertukar imej secara mendadak, namun minatnya terhadap muzik dan lakonan sukar dipadamkan. Malah akui Azmil, dia masih bermain alat muzik.

Sunday 27 January 2013

Irwansyah dan isteri ditangkap ketika berpesta dadah


 Januari 27, 2013

Irwansyah dan isteri ditangkap ketika berpesta dadah
JAKARTA: Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak
Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad.

Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.

Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini. Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan
pil khayal di tempat kejadian.

Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti.

Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah.

Najwa Latif dikritik kerana fesyen


Dikritik kerana fesyen, Najwa Latif cuba ubah penampilan
NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
27 Januari 2013
Najwa Latif
Najwa Latif
Bakat Najwa Latif sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Sejak awal kemunculannya dalam Youtube, Najwa berjaya menarik perhatian dengan kemerduan suaranya.

Namun, dalam meniti perjalanan sebagai anak seni, Najwa tidak terlepas dari pandangan pengkritik yang gemar mencari kesalahannya, terutamanya dalam berfesyen.

Pernah dikatakan gaya lebih tua dari usia, gaya seperti 'mak nenek' dan pelbagai lagi kata negatif, Najwa tidak sedikit pun berkecil hati sebaliknya berusaha untuk mengubah penampilannya.

"Saya akui tidak pandai berfesyen dan saya masih lagi belajar mengenai fesyen serta gaya yang sesuai dengan umur saya.

"Saya hargai segala kritikan yang diberikan peminat dan pihak tertentu kepada saya dan saya akan cuba ubah gaya pemakaian saya selepas ini," katanya kepada Zass.

Najwa berkata, buat masa ini, dia tidak merancang untuk mendapatkan khidmat nasihat atau mengupah pakar perunding imej kerana merasakan perkara itu tidak terlalu serius.

"Biasalah saya budak baru belajar dan saya akan cuba ubah sikit-sikit. Tapi sampai nak mengupah pakar, saya rasa tidak perlu. Tapi saya sentiasa merujuk pada majalah dan internet untuk mendapatkan imej lebih sesuai," ujarnya.

Enggan besar isu keluarga

Tidak sekadar dikritik kerana fesyennya, nama Najwa turut terpalit dengan kisah permasalahan keluarganya, sehinggakan ayahnya pernah mendakwa, Najwa seorang anak derhaka.

Meminta agar isu keluarganya tidak diperbesar-besarkan lagi, Najwa berkata, dia sebolehnya tidak mahu mengungkit atau membuka cerita mengenai keluarganya yang berlaku pada tahun lalu.

"Cerita mengenai ayah saya ini berlaku pada tahun lalu. Sempena tahun baru ini, saya mahu buka buku baru. Segala yang berlaku tahun lalu saya anggap dugaan ALLAH SWT pada saya.

"Saya percaya setiap nikmat yang ALLAH SWT berikan, Dia akan duga umat-Nya dan semua itu menjadikan saya lebih kuat," jelasnya.

Rancang terbit album kedua

Menyentuh mengenai perkembangan seninya, Najwa yang sebelum ini berehat panjang kerana mahu memberi tumpuan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhir tahun lalu mengakui akan membuat comeback secara perlahan-lahan.
Jelasnya, dia yang baru sahaja mengadakan showcase di Singapura baru-baru ini, sedang dalam rangka perancangan untuk menerbitkan album keduanya.

"Segalanya masih terlalu awal untuk diceritakan. Apa yang saya boleh katakan, muzik saya kali ini lebih matang berbanding single saya sebelum ini," katanya.

Berkongsi mengenai perancangannya dalam bidang seni, Najwa berkata, selepas mendapat keputusan SPM kelak, dia merancang untuk mengambil jurusan Pengajaran dalam Bahasa Inggeris (TESL).

"Saya mahu terus aktif dalam bidang seni selepas ini dan merancang mengambil kursus TESL. Namun belum buat keputusan lagi untuk belajar di mana," akhirinya.

Friday 25 January 2013

Raja Azmi 54, akan berkahwin gitaris muda


Raja Azmi mebmeritahu sudah bersedia untuk menamatkan zaman jandanya dengan Hafiz
PETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman bersedia untuk berkahwin semula jika bertemu jodoh dengan kekasih baharunya iaitu seorang gitaris berusia 27 tahun.
Raja Azmi, 54, berkata, keikhlasan lelaki bernama Hafiz itu dapat dilihat apabila pemuzik itu melamarnya, beberapa hari lalu.
"Dia memang ikhlas dalam hubungan ini kerana berani meluahkan hasrat untuk memperisterikan saya selepas sebulan berkawan.
"Mungkin terlalu awal untuk bercakap soal kahwin tetapi saya sudah bersedia (bergelar isteri).
"Jika ada jodoh, kami mungkin berkahwin pada tahun ini juga," katanya kepada mStar Online.
Penerbit dan penulis filem .... Dalam Botol ini mula menjalin hubungan dengan Hafiz selepas berkenalan di sebuah hotel terkemuka yang menjadi lokasi gitaris itu mengadakan persembahan.
Raja Azmi yang bergelar janda sejak enam bulan lalu bercerai talak satu dengan bekas jaguh badminton Jalani Sidek pada 27 Jun 2012 selepas 28 tahun berkahwin.
Raja Azmi berkata, dia tidak peduli pada persepsi umum susulan pengakuannya menjalin hubungan dengan lelaki yang berusia 27 tahun lebih muda daripadanya.
Katanya, keutamaan pada waktu ini adalah kebahagiaan diri sendiri berbanding pertikaian khalayak yang tidak merasai kedukaannya selepas bercerai.
"Biarlah apa orang hendak kata. Yang penting saya bersikap jujur terhadap perasaan yang saya alami sekarang.
"Saya benar-benar bahagia dan gembira dengan hubungan ini kerana ia membuatkan saya kembali ceria selepas lalui episod duka (perceraian)," luahnya.
Raja Azmi berkata, perbezaan umur tidak menjadi penghalang kerana keserasian antara mereka.
"Umur bukan ukuran kerana kami saling menyayangi dan ia berlaku dengan ikhlas.
"Sudah lama saya berasa sunyi selepas bercerai dan apabila bersama kami rasa seperti seusia," kongsinya sambil mengakui hubungan itu mendapat restu keluarga kedua belah pihak.

Wednesday 23 January 2013

"Mulut Longkang" Azwan Ali


DJ Adik bersama DJ KLpop Radio yang lain di konti.
DJ Adik bersama DJ KLpop Radio yang lain di konti.
SIAPA tak kenal personaliti sensasi, Azwan Ali? Namanya sering kali dikaitkan dengan kisah kontroversi dan sikap lantangnya dalam berbicara.

Hampir setiap patah perkataan yang dikeluarkan, pasti menjadi kontroversi dan isu hangat.

Namun, jauh di sudut hati, Azwan berharap agar lembaran tahun 2013 memberi sinar baru buat dirinya.

Enggan mengimbau peristiwa lalu, Azwan kini membuka lembaran baru dalam kerjayanya.

Mula berkhidmat sebagai penyampai radio di stesen radio online, KLpop Radio, pada 1 Januari lalu, Azwan diberi tanggungjawab mengendalikan segmen, Mulut Longkang.

"Alhamdulillah, rezeki untuk tahun 2013. Pada mulanya, saya tidak menduga tawaran yang diberi kerana tidak pernah terlibat dalam bidang ini.

"Memandangkan radio ini masih baru, saya harus main peranan memperkenalkannya secara umum. Setakat ini, penerimaan sangat membanggakan dan ramai yang menyokong karier saya.

"Saya tiada pengalaman luas dalam bidang penyampaian radio. Sehingga kini, saya masih melalui proses pembelajaran dan setiap hari saya belajar benda baru," katanya yang dikenali sebagai DJ Adik di dalam segmen kendaliannya.

Sepanjang tiga jam ke udara, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 tengah hari hingga 3 petang, Azwan memuatkan beberapa pecahan segmen seperti segmen Carut, Call Pelesu, Diva Vazz, Jom Insaf, Cer Kebaboom dan Twit Boom.

Selain segmen itu, KLpop Radio turut memuatkan segmen Rockafela, Hujung Minggu KLpop, Sembang Mumbang, Lu Pilih Wa Putar, Muzik Mamak Stall, Insomniac dan Pagi KLpop.

Umi Hafilda?

Setiap orang mengimpikan hubungan yang baik di antara keluarga dan adik beradik, begitu juga dengan pelakon filem, Tipu Kanan Tipu Kiri ini.

Walaupun kisah persengketaan bersama adiknya, Umi Hafilda mencapai kata sepakat untuk berdamai, namun Azwan menganggap hubungan mereka ibarat retak menanti belah.

"Boleh dikatakan, hubungan keluarga kami tidak mampu diselamatkan lagi. Kami lebih selesa membawa haluan masing-masing.

"Lebih baik saya mendiamkan diri daripada mencampuri hal mereka. Saya hanya ingin bekerja dan mencari rezeki.

"Sebelum ini, saya akui ia adalah kesilapan saya kerana terlalu ingin mencampuri urusan itu, namun ternyata saya silap langkah. ia adalah pengajaran berguna buat saya untuk lebih berhati-hati di masa hadapan," katanya yang juga adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.