Tuesday 30 August 2011

Dekritawati - anak Sosilawati - akhiri zaman bujang dengan seorang ahli politik

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi, 26, anak sulung kepada pengasas dan jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, bakal mengakhiri zaman bujangnya selepas dikatakan memohon restu untuk berkahwin kepada keluarga terdekatnya di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Laporan Berita Harian menyebut, berita mengenai Erni (gambar) atau lebih dikenali dengan panggilan Rita yang bakal mendirikan rumah tangga itu mulai hangat diperkatakan masyarakat setempat berikutan bakal suaminya itu adalah pegawai kanan sebuah kementerian serta aktif dalam kancah politik negara, selain turut berasal dari daerah ini.

Sosilawati bersama tiga yang lain dibunuh dengan kejam setahun lalu di kawasan Banting. Perbicaraan berhubung kes itu sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Wednesday 17 August 2011

Norman Hakim - Memey edar 3,200 kad jemputan kahwin

PETALING JAYA: Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah mula mengedarkan sebanyak 3,200 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 25 September depan di rumah pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi Johor.

Menurut Memey, sebanyak 1,200 keping kad telah diedarkan untuk saudara terdekat dan media manakala cetakkan kedua sebanyak 2,000 keping akan diagihkan kepada tetamu jemputan.

“Kami telah edarkan 1,200 keping kad terlebih dahulu kepada rakan-rakan media, saudara mara dan akan mencetak sebanyak 2,000 keping lagi untuk diedarkan kepada tetamu jemputan yang lain.

“Sementara itu, jemputan untuk rakan-rakan artis hanya dibuat pada majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur, 28 September nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Kad undangan rekaan Luts Design ini memaparkan gambar eksklusif pasangan bakal pengantin mengayakan busana rekaan Ezuwan Ismail dan menggunakan jurugambar profesional Anas Easkey.

“Kita telah melakukan sesi fotografi pada beberapa bulan lalu dan gambar-gambar eksklusif itu telah tersebar di beberapa laman blog baru-baru ini.

“Tapi biasalah perkara-perkara tersebut merupakan lumrah dan ia di luar kawalan kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, untuk majlis di Kota Tinggi, Ezuwan Ismail bertindak sebagai pereka busana bagi majlis akad nikah yang akan diadakan selepas Asar pada 24 September.

Majlis resepsi berkonsepkan dalam taman yang akan diadakan sehari selepas itu pula menampilkan Hatta Dolmat sebagai pereka fesyen untuk majlis persandingan manakala Rizman Ruzaini bagi acara potong kek.

Pasangan ini mendapat tajaan bernilai RM12 juta untuk majlis di Kuala Lumpur. - MStar

Yusry Tolak Spekulasi Nikah Lisa Surihani 2012

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim menolak dakwaan kononnya akan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lisa Surihani pada tahun hadapan seperti mana yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian pada Sabtu lalu.

Pihak KRU Studios dalam satu kenyataan kepada mStar Online di sini, Selasa berkata, laporan berita berkenaan adalah tidak benar dan ia mungkin berlaku salah faham.

“Akibat laporan berkenaan, Yusry telah dihujani dengan pelbagai soalan untuk pengesahan berita tersebut khususnya tentang beliau dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa Surihani pada tahun 2012.

“Dengan ini Yusry ingin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin terjadi kerana salah faham,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataannya Yusry turut menambah pihaknya masih belum berbincang mengenai isu perkahwinan dan meminta semua pihak agar tidak keliru dengan pendedahan yang dibuat akhbar berkenaan.

Katanya, pada masa akan datang dia akan memaklumkan perkhabaran gembira mengenai hubungannya dengan Lisa Surihani kepada peminat termasuk pihak media untuk mengelak sebarang spekulasi.

Sabtu lalu sebuah akhbar yang memetik kenyataan Yusry dengan melaporkan pengarah filem Karak itu membayangkan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan selepas gagal dengan perkahwinan pertama bersama aktres Erra Fazira.

Sumber - mStar

Tuesday 16 August 2011

Konsert Sampaikan Salam Alleycats di Istana Budaya

Bersempena Hari Malaysia 2011 AM Event Management (Aktif Mestika Sdn Bhd) akan mempersembahkan Konsert Sampaikan Salam Alleycats yang akan berlangsung pada 16 – 18 September 2011 bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur.

Pada tahun ini kumpulan Alleycats turut meraikan ulangtahun ke 43 penglibataan mereka dalam dunia seni tanahair. Satu-satunya kumpulan muzik bukan melayu yang masih bertahan sehingga ke hari ini dan telah menghasilkan 27 buah album sepanjang karier mereka.

Tahun ini ini juga merupakan tahun keempat Alleycats tanpa vokalis keduanya Datuk Loga yang telah pergi meninggalkan peminat – peminat mereka. Kali terakhir mereka mengadakan konsert di Istana Budaya adalah pada tahun 2008.

Pada konsert kali ini Kumpulan Alleycats yang dianggotai oleh 6 orang termasuk Datuk David Arumugam sebagai penyanyi utama akan mempersembahkan lagu lagu malar segar mereka melalui segmen yang pastinya berlainan konsep dan tema.

Pada segmen pertama yang berkonsepkan 1 Malaysia. Kumpulan yang boleh dianggap ikon 1 Malaysia ini bakal menyajikan peminat-peminat menerusi lagu-lagu dari pelbagai bahasa yang mewakili kaum di Malaysia.

Lebih menarik lagi, persembahan mereka nanti juga akan diiringi alat-alat muzik tradisional yang akan dimainkan oleh pemuzik-pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia Istana Budaya.

Pada segmen kedua pula ialah segmen “Tribute To Loga” yang bakal membawa peminat – peminat Alleycats khususnya peminat mendiang Datuk Loga kembali menghayati dan kembali mengenang pengorbanan beliau dalam dunia seni menerusi lagu-lagu hit beliau antaranya “Berjuta Batu”, “Jika Kau Bercinta Lagi”, “Suratan” dan banyak lagi lagu-lagu klasik mereka .

Manakala segmen terakhir adalah segmen yang paling istimewa bakal disajikan buat peminat –peminat Alleycats. Persembahan yang diiringi Orkestra dari Istana Budaya yang bakal memainkan kesemua lagu-lagu hits Alleycats sepanjang zaman yang pastinya akan membuatkan peminat yang hadir terhibur dan menjanjikan satu kenangan terindah sebagai peminat setia kumpulan lagenda ini.

Konsert Sampaikan Salam Alleycatsini bakal mendapat sentuhan saudara Eddie Marzuki sebagai Pengarah Muzik pada konsert selama 3 malam itu nanti. Konsep persembahan lebih santai manakala rekaan set dan prop yang lebih retro juga akan memberikan satu pengalaman konsert yang berlainan dari konsert Alleycats terdahulu. Bagi merancakan lagi promosi Konsert Sampaikan Salam Alleycats ini, malah pihak penganjur turut memberi diskaun untuk penonton yang membeli tiket nanti.

Tiket-tiket berharga RM65 , RM85 , RM125 ,RM165 , RM205 , RM245 , RM305 , RM450

Untuk sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi Aida Husin di talian 012-2166873 atau mewahevent@gmail.com

Thursday 2 June 2011

Konsert Raksaksa Sweet Charity & Blues Gang

'Konsert 2 Raksasa 2011' Gabungan Dua Ikon Rock


Sweet Charity foto MUHAMAD HASRUL

KUALA LUMPUR: Kumpulan legenda Sweet Charity dan Blues Gang akan bergabung semula bagi menggegarkan Stadium Merdeka, di sini dalam konsert 2 Raksasa 2011 pada 9 Julai depan.
Menurut vokalis Sweet Charity, Ramli Sarip, konsert tersebut merupakan peluang untuk mengembalikan semula memori 27 tahun lalu, ketika konsert pertama mereka pada tahun 1984.
“Konsert ini merupakan kesinambungan daripada konsert pertama kami yang diadakan pada tahun 1984, yang banyak memberi kami kenangan manis.
“Ia juga bakal mengembalikan nostalgia dan mengubat kerinduan peminat-peminat Blues Gang dan Sweet Charity yang bukan sahaja terdiri daripada golongan tua tetapi juga muda,” katanya pada sidang media Konsert 2 Raksasa 2011,di sini, Khamis.
Blues Gang

Menurut Ramli, konsert tersebut nanti bakal menjadi kenangan yang terindah buat peminat-peminat kedua-dua kumpulan itu.
“Ia bakal menjadi sejarah dan kenangan yang terindah yang tidak akan dilupakan. Saya teringat ketika konsert Raksasa pada tahu 1984 lalu banyak dugaan yang kami tempuhi dan ia menjadikannya satu memori yang sangat istimewa,” ujarnya.
Sementara itu, vokalis Blues Gang, Ito berkata, masalah utama menjayakan konsert besar-besaran seperti ini adalah kekurangan penaja yang berani untuk melakukan penajaan.
“Kalau dulu kita boleh menerima tajaan daripada syarikat rokok tapi kini sudah tidak dibenarkan.
“Bagaimanapun syarikat gergasi lain takut untuk menaja konsert-konsert daripada artis tempatan,” ujarnya.
Selain itu, mereka juga mengakui tiada sebarang masalah apabila ditanya tentang stamina untuk melakukan konsert tersebut memandangkan kesemua anggota kumpulan berkenaan sudah jauh berusia berbanding ketika mengadakan konsert pertama, 27 tahun lalu.
“Kami rasa tiada sebarang masalah tentang itu kerana kami menyanyi menggunakan teknik tertentu dan bukan menggunakan kudrat.
“Biarpun kami sudah agak lama tidak muncul di televisyen tetapi kami masih aktif sebagai penyanyi, saya yakin kami mampu melakukannya,” katanya.
Berceritakan tentang lagu yang bakal dinyanyikan pada malam konsert tersebut, Ito berkata kedua-dua kumpulan bakal mendendangkan 10 buah lagu popular masing-masing yang bakal diberi nafas baru.
Tiket konsert yang dianjurkan oleh Netzah Productions Sdn Bhd ini dijual dengan harga RM 73.00 dan boleh didapati di www.airasiaredtix.com.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-8775 4666 atau semua cawangan Redtix di Rock Corner dan Victoria Music.

Sunday 22 May 2011

Pemimpin Islam persoal kesetiaan bukan Muslim, mahu hak dikaji semula

TERKINI @ 10:55:50 PM 22-05-2011
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani
May 22, 2011

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Beberapa pemimpin Islam mempersoalkan kesetiaan bukan Islam di negara ini sambil menggesa hak komuniti itu perlu dinilai semula jika Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara Islam.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Nakhaie Ahmad (gambar) berkata, layanan kepada bukan Muslim seharusnya berdasarkan pada kontrak sosial yang telah dipersetujui.

Malah kata beliau kerajaan nampak terlalu bermurah hati kepada kaum-kaum bukan Islam.

“Dalam usaha untuk mendapatkan undi dan sokongan bukan Muslim, kita begitu bermurah hati dalam memberikan hak-hak sivil.

“Hak-hak sivil yang diberikan termasuk hak untuk mengundi, penyertaan dalam politik, memegang jawatan, pembabitan dalam ketenteraan dan sebagainya, tetapi kita memberikan mereka segala-galanya,” kata beliau.

Oleh itu, kata beliau, tawaran hak kepada bukan Islam seharusnya berdasarkan amalan-amalan agama Islam.

Nakhaie menekankan bahawa bukan Muslim yang melanggar kontrak sosial mesti dibuang negara.

Justeru beliau meminta kerajaan mengambil pendekatan tegas untuk menjaga kepentingan Muslim negara ini.

"Jika mereka melanggar perjanjian kita, maka mereka adalah musuh kita dan mesti dibuang dari negara ini," katanya.

"Kita tidak harus kompromi dengan mereka. Kita mesti tegas dengan mereka apabila menyentuh kontrak sosial yang dipersetujui," katanya lagi.

Malah kata beliau, adalah penting jawatan tinggi kerajaan tidak diberikan kepada bukan Muslim demi kepentingan negara.

“Kita tidak boleh beri jawatan penting kerajaan kepada bukan Muslim memandangkan bukan Islam tidak boleh menjadi menteri di negara Islam. Ketua tentera juga tidak boleh diberikan kepada bukan Muslim.

"Tanpa memikirkan mengenai masa depan negara kita, kita memberikan mereka semua," katanya sambil menambah tindakan memberikan hak sivil mesti diseimbangkan dengan amalan Islam agar faham keadilan dalam Islam dan sistem Islam.

Dalam pada itu, timbalan presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Zamri Hashim pula berkata Muslim sewajarnya melihat menjangkaui afiliasi politik demi matlamat perjuangan yang lebih besar.

“Kita mesti melihat di luar (ruang) politik. Agenda Melayu sangat penting untuk (kita) tidak boleh tidak ambil peduli dan majoriti Melayu adalah Muslim. Bukan lagi tentang PAS dan Umno,” kata timbalan mufti Perak ini.

Timbalan presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali juga menekankan bahawa Malaysia tidak harus menjadi negara sekular.

“Ini kerana ramai ahli politik bukan Muslim mahu mengisytiharkan negara ini sebagai negara sekular, maka kerajaan tidak perlu membiayai program agama.

“Mereka bimbang bahawa jika kita terima Malaysia sebagai negara Islam maka ada banyak implikasi, bermakna hanya Muslim yang ada hak untuk menerajui negara ini,” katanya.

Mohd Rumaizuddin menambah orang Melayu diinjak-injak manakala bukan Muslim pula mengambil kesempatan ke atas mereka.

“Disebabkan politik, kita masih belum bebas selepas lebih 50 tahun negara merdeka,” katanya.

Presiden Hizbut Tahrir Malaysia Abdul Hakim Othman menambah perlembagaan negara mesti digantikan kerana ia digunal oleh penjajah British. - The Malaysian Insider

Friday 20 May 2011

Milik siapakah gadis ini?


Kalau anda nak tahu siapa dia, sila ke sini

Cadang guna balik syiling satu sen

KANGAR - Kerajaan sedang menimbangkan cadangan penggunaan semula syiling satu sen dalam usaha mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat akibat kenaikan harga barangan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu akan diusulkan dalam mesyuarat Kabinet bulan hadapan.

“Saya akan cadangkan agar syiling satu sen digunakan semula. Jika harga barang naik satu sen, sebagai contoh, kenaikan harga barang menyebabkan harga teh tarik naik RM1.71 sen, jadi patut tambah satu sen sahaja, jangan tambah empat sen (digenapkan kepada lima sen terdekat menjadi RM1.75).

“Jadi tak salah kalau kita guna semula kerana satu ketika dulu kita pun guna satu sen,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020, semalam.

Menurutnya, perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) juga akan diadakan mengenai perkara itu.

“Kita akan bincang perkara ini dengan BNM, biar caj yang dikenakan mengikut kadar yang betul. Jadi ia tidak akan membebankan,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta sektor swasta tidak mengenakan harga yang terlalu tinggi kepada pengguna walaupun kos pengeluaran meningkat disebabkan kenaikan harga barang

Wednesday 18 May 2011

Pemimpin PAS juga sokong Perkasa - Ibrahim Ali

Bagaimanapun, pemimpin PAS Kelantan, Datuk Husam Musa tidak menyokong sebaliknya risau dengan tindakan Perkasa memperjuangkan Islam dan hak orang Melayu.

PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mendakwa ada pemimpim PAS menyokong pertubuhan itu memperjuangkan agama Islam dan hak orang Melayu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas itu tidak mahu menamakan pemimpin PAS berkenaan.

“Ada pemimpin PAS yang saya jumpa menyatakan sokongan mereka kepada perjuangan Perkasa menegakkan agama Islam dan hak orang Melayu,” katanya dalam satu majlis anjuran pertubuhan itu di ibu negara petang semalam.

Kira-kira 300 ahli dan penyokong Perkasa menghadiri program tersebut yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, menurut Ibrahim pemimpin PAS Kelantan, Datuk Husam Musa tidak menyokong Perkasa memperjuangkan Islam dan hak orang Melayu.

Ibrahim mendakwa, bekas naib presiden PAS itu risau kerana peranan parti itu telah diambil alih oleh Perkasa.

Malah beliau juga mengulas mengenai kenyataan Husam supaya beliau (Husam) tidak menyibuk dalam isu jihad.

“Saya mahu Husam selesaikan dulu isu ladang rakyat, bazar Tok Guru yang menjadi perbualan rakyat Kelantan,” tambahnya.

lsnin lalu dalam satu kenyataan media, Husam menasihatkan presiden Perkasa itu supaya tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah

lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan kuasa Umno-Barisan Nasional.

Katanya, isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah.

Ibrahim sebelum itu memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam di negara ini - FMT

Tuesday 17 May 2011

Bekas polis maut jatuh hotel elak dicekup pencegah maksiat

Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi ini.

Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira jam 2 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi Bernama hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.

Beliau berkata mangsa mati di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Zulkarnain berkata pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit.

- Bernama

Selepas Orkid Abdullah, suaminya meninggal dunia pagi ini

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Lima hari selepas penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu, Datin Orchid Abdullah meninggal dunia, suaminya Datuk Mokhtar Omar kembali ke rahmatullah pagi ini.

Allahyarham Mokhtar, 70, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 6.15 pagi ini di Hospital Ampang dekat sini, lapor Utusan Online hari ini.

Mokhtar dimasukkan ke hospital tersebut sejak lebih 4 Mei lalu kerana jangkitan kuman di paru-paru.

Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, dekat sini sebelum waktu Zohor.

Orchid juga meninggal dunia di Hospital Ampang pada 13 Mei lalu. - TMI

Wednesday 11 May 2011

Felda : Nostalgia 80an - Bhg Pertama

(Bahagian Pertama) Perjuangan Awal Peneroka Felda

Oleh: Suhaimi Said

Di awal tahun 80-an, saya dilantik sebagai Anggota Lajnah Undang-undang PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Wan Mutalib Embong. Saya dibenarkan untuk memilih tugasan dan bertanggungjawab untuk memperjuangkan hak dan kepentingan peneroka Felda.

Ketika itu, semua tanah rancangan Felda berpagar termasuklah di pintu masuk. Tidak mudah untuk melepasi pagar ini jika seseorang itu disyaki atau sebagai orang yang tidak dialu-alukan.

Saya dicop sebagai seseorang ‘persona non-grata’, iaitu seseorang yang tidak dialu-alukan di dalam rancangan Felda.

Atas kerjasama yang diberikan oleh penyokong-penyokong pembangkang, saya berjaya memasuki semua tanah rancangan Felda. Namun, di sesetengah kawasan, saya dihalang oleh pengurus Rancangan.

Saya akan ceritakan peristiwa demi peristiwa di semua Rancangan Felda yang saya lawati waktu itu. Saya mulakan dengan peristiwa di Felda Jengka 22.

Dengan bantuan penyokong PAS (waktu itu belum ada cawangan PAS di sana), saya memasuki Felda Jengka 22 kerana diundang oleh peneroka-peneroka bagi menerangkan kedudukan mereka di bawah Surat Perjanjian di antara peneroka dengan Felda.

Ada lebih kurang 40 orang peneroka hadir di sebuah rumah di rancangan itu. Saya hadir dengan membawa sebuah set radio dan mikrofon.

Melalui set radio dan mickrofon itu kami perbetulkan gelombangnya dan radio itu berfungsi sebagai pembesar suara. Ramai lagi yang membawa radio masing-masing dan dengan penyelarasan gelombang, maka aliran suara yang kuat boleh memecahkan kesepian malam.

Sebaik sahaja mahu memulakan taklimat mengenai Surat Perjanjian di antara Peneroka dengan Felda, tiba-tiba hadir seorang yang agak segak bersama rakan-rakannya cuba memberhentikan ceramah saya itu.

Apabila saya enggan, dia menyatakan bahawa dia adalah Pengurus Felda dan berhak memberhentikan ceramah itu.
Saya ‘lecture’ sedikit tentang undang-undang kepada Pengurus Felda itu. Baik dibawah perlembagaan Persekutuan mahu pun di bawah Akta Polis. Saya cabar pengurus itu dimanakah kuasa yang ada padanya mengikut undang-undang.

Sudah tentu dia tidak ada jawapan. Dia cuba rampas mikrofon ditangan saya. Saya tepis tangannya dan rampas kembali mikrofon itu.

Saya minta pengurus itu bersabar mendengar penerangan dari saya dan tidak mengambil tindakan liar.
Entah bagaimana tiba-tiba pengurus yang nampak ganas tadi menjadi senyap dan duduk di tepi tangga mendengar ceramah saya hingga ke akhir.

Selepas habis ceramah, saya jemput pengurus naik ke atas rumah dan kami minum bersama. Pada waktu itu dia menyatakan bahawa dia hanya menjalankan tugas atas arahan.

Selepas minum bersama, saya meninggalkan majlis dan pengurus itu bukan sahaja bersalaman dengan saya tetapi dia juga bersalam dengan semua yang hadir dengan berkata: “Minta maaflah,”

Isi kandungan ceramah saya mengenai peruntukan surat perjanjian di antara peneroka dan Felda akan saya paparkan di halaman yang lain setelah kisah-kisah menarik tentang peristiwa-peristiwa yang saya lalui di rancangan-rancangan Felda pada awal tahun-tahun 80-an dipaparkan di blog ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13172

Tuesday 10 May 2011

Keldai Dadah: Polis Selamatkan Dua Pelajar Wanita

SHAH ALAM: Polis menyelamatkan dua pelajar wanita sebuah kolej daripada dijadikan keldai dadah oleh satu sindiket antarabangsa yang didalangi dua lelaki warganegara Nigeria dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Puchong dekat sini, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, dalam serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 2 pagi itu, polis menemui dua wanita berusia 21 tahun berkenaan yang dikurung dalam sebuah bilik di pangsapuri berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan enam ketulan kapsul dan dua paket plastik dipercayai mengandungi dadah jenis heroin gred tinggi seberat 372 gram bernilai RM28,000. Polis turut menemui satu ketulan daun mampat dipercayai ganja seberat 70 gram bernilai RM700," katanya pada sidang media di sini Selasa.

Serbuan itu dilakukan hasil maklumat risikan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, dua lelaki warganegara Nigeria berusia 27 dan 28 tahun yang merupakan pelajar sebuah kolej berhampiran itu memperdayakan mangsa dengan menawarkan percutian secara percuma ke Macau, China.

Katanya, kedua-dua wanita tempatan terbabit yang bertemu dengan lelaki Nigeria berkenaan melalui perkenalan di sebuah kedai makan bersetuju dengan pelawaan itu dan pergi ke pangsapuri suspek sebagai persiapan sebelum berlepas pada 7 Mei lepas.

"Sebaik tiba di pangsapuri berkenaan kedua-dua wanita terbabit dipaksa menelan kapsul berisi dadah untuk diseludup ke China namun kedua-dua mereka enggan melakukannya dan menyebabkan mereka dikurung," katanya.

Nordin berkata polis turut menahan seorang lagi wanita tempatan yang bekerja sebagai pereka grafik dipercayai mempunyai hubungan dengan dua suspek warga Nigeria terbabit di pangsapuri berkenaan pada hari yang sama.

"Kita menahan wanita terbabit yang datang ke pangsapuri itu dan merampas tiket serta jadual penerbangan untuk kedua-dua mangsa ke China bertarikh 7 Mei 2011," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi pengedaran dadah dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung secara salah.

Mengulas lanjut, Nordin meminta semua pihak supaya berhati-hati dan tidak terpedaya sehingga dijadikan keldai dadah oleh sindiket antarabangsa di negara ini yang mempunyai pelbagai helah dan janji manis termasuk menawarkan ganjaran mewah.

"Saya nasihatkan kepada semua terutamanya wanita supaya hati-hati. Seperti kes dua wanita ini mereka baru kenal dengan suspek tidak sampai sebulan dan mudah percaya dengan tawaran yang dibuat, mereka beruntung kerana sempat diselamatkan," katanya.

Dalam kes berasingan, Nordin berkata pada 5 Mei lepas, polis menahan dua beradik warganegara Iran berusia 22 dan 25 tahun yang membawa lapan paket dipercayai dadah jenis syabu seberat empat kilogram bernilai RM1 juta.

Beliau berkata kedua-dua wanita itu ditahan sebaik tiba dari Tehran, Iran, di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Sepang dekat sini, kira-kira pukul 11.30 pagi, selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

"Sebaik pemeriksaan kita dapati kedua-dua mereka memakai bengkong di dalam pakaian mereka di mana bengkong itu mengandungi ruang khas yang siap dijahit bagi menyembunyikan paket dadah jenis Syabu yang dibawa," katanya.

Nordin berkata suspek berusia 25 tahun itu yang bekerja sebagai jurugambar pernah masuk Malaysia awal tahun ini manakala adiknya yang baru berkahwin pertama kali datang ke negara ini.

Beliau berkata kedua-dua mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, katanya polis juga mengenal pasti sindiket dadah dari Iran itu kini menukar modus operandi mereka dengan memilih LCCT dan lapangan terbang di negeri yang mempunyai penerbangan antarabangsa untuk masuk ke negara ini berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sehubungan itu, beliau berkata tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. - BERNAMA

Monday 9 May 2011

Kristian-Islam: Pastor Pulau Pinang kecam laporan Utusan

Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 9 Mei — Pastor-pastor Kristian Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya laporan Utusan Malaysia kelmarin mendakwa pihaknya berkonspirasi dengan pemimpin DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara dan perdana menteri pula dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, Pastor-pastor Kristian Pulau Pinang berkata DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah meminta pastor-pastor Kristian untuk berdoa meminta keberkatan Tuhan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian ataupun memiliki pengikut Kristian sebagai perdana menteri.

“Pastor-pastor Kristian dan gereja-gereja sentiasa berdoa untuk kebaikan, keamanan dan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian di kalangan semua kaum dan juga kepimpinan yang jujur dan adil,” kata kenyataan bersama itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan pastor-pastor Kristian Pulau Pinang dan Ketua Menteri negeri itu.

Justeru, pastor-pastor Kristian dan Gereja berkata mereka tersinggung kerana pembohongan sedemikian disiarkan dalam media massa.

“Kami dengan tegas dan ikhlas menggesa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana menerbitkan dan menyebarkan pembohongan yang bahaya, yang telah mengganggu keharmonian masyarakat, mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Kata kenyataan itu, mereka risau kerana Utusan Malaysia menyebarkan pembohongan-pembohongan merbahaya, yang menjadikan penganut-penganut Kristian bahan kebencian dan menghasut perasaan membenci terhadap komuniti Kristian yang mungkin membawa kepada kesan-kesan tidak diingini.

Kenyataan itu menambah, Lim akan terus mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kristian, biskop dan pastor sebagaimana beliau melakukan dengan pemimpin-pemimpin agama lain selaku kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

MENYUSUL LAGI

Pesanan untuk wanita Melayu sekitar KL

09 May 2011 09:56
Wanita Melayu Mangsa Asid?
by Angelina Sinyang dan Zainal Azhar Mohamed

KUALA LUMPUR: Kegiatan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid jenis 'thinner' dan 'alkali' kini dikatakan semakin berleluasa berlaku di ibu negara, dipercayai didalangi dua lelaki bermotosikal.

Penjenayah yang sehingga kini belum diberkas dikatakan mencari mangsa terdiri daripada wanita yang kebanyakannya berketurunan Melayu di sekitar Dang Wangi, Sentul dan Brickfields.

Polis bagaimanapun sehingga kini belum mengenal pasti motif perbuatan jenayah suspek berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua suspek, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal, akan menghampiri mangsa sebelum melemparkan cecair ke arah muka dan tubuh mereka.

Dalam kejadian terbaru semalam, seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia setahun cedera di muka setelah disimbah sejenis cecair di Persiaran Titiwangsa.

Mangsa berusia 30 tahun yang merupakan kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia disimbah asid dalam kejadian pukul 3 petang di hadapan rumah mereka.

Kelmarin, dua wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang berjalan kaki di Jalan Pudu Lama turut disimbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam.

Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita turut cedera di muka selepas disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah di tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam tempoh dua hari lalu, empat laporan polis diterima membabitkan lima orang mangsa.

Katanya, daripada lima mangsa itu, seorang daripada mereka berketurunan India.

"Kita minta orang ramai, khususnya wanita supaya bertenang dan memberi kerjasama kepada polis untuk mengesan penjenayah itu yang sudah dikenal pasti identiti mereka.

"Polis setakat ini mengesan dua suspek berketurunan India ini menaiki motosikal atau menunggu mangsa di laluan yang sunyi sebelum menyimbah mereka menggunakan botol plastik yang sudah dipotong berisi cecair itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Khairi, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta mengenali wajah suspek, kenderaan dan nombor pendaftaran mereka serta pakaian dan memaklumkan segera kepada Rakan Cop atau Bilik Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu, sebanyak 10 kes simbah cecair dipercayai asid dilaporkan berlaku di daerah ini sehingga Mac lalu.

"Dalam kejadian terakhir pada Mac lalu, tiga wanita iaitu seorang guru dan dua orang awam dilaporkan telah disimbah cecair itu di pekan Brickfields.

"Setakat ini, tiada mangsa dapat mengecam suspek yang menaiki sebuah motosikal kerana kejadian berlaku begitu pantas," jelasnya.

Bagaimanapun menurutnya, usaha untuk mengesan suspek yang terlibat masih diteruskan kerana bimbang suspek kembali melakukan jenayah sama selepas ini. - UM

Jakim tarik balik sijil halal

Oleh Hayati Ibrahim

PUTRAJAYA: Sijil pengesahan halal sebuah syarikat pengeluar daging dan produk nilai tambah berasaskan ayam seperti sosej dan bebola daging yang beribu pejabat di Pulau Pinang ditarik balik serta-merta berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat terbabit.

Menurut laman web Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), keputusan itu dibuat pada mesyuarat Panel Pengesahan Halal yang diadakan pada 22 April lalu.

“Kajian terhadap produk keluaran syarikat berkenaan mendapati terdapat DNA babi, menyebabkan sijil halal syarikat itu ditarik balik serta-merta.

“Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru sijil halal yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit perlu menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal diiktiraf,” kata kenyataan dalam laman web itu.

Selain itu mereka juga perlu mengemukakan resit pembelian produk baru, melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri.

Tindakan itu diambil selepas mendapati syarikat itu melakukan kesalahan serius dalam Pensijilan Halal Malaysia (PHM) kerana membabitkan hukum syarak dan aspek teknikal.

Antara kesalahan membabitkan hukum syarak termasuk pengesahan status tidak halal terhadap produk, bahan ramuan dan peralatan oleh pihak berkuasa agama yang diiktiraf selepas dipersetujui Panel Pengesahan Halal, menggunakan ramuan tidak halal selepas memiliki sijil halal dan menyimpan bahan ramuan atau produk halal dengan tidak halal di tempat sama.

Kesalahan lain termasuk menggunakan peralatan dan perkakasan yang bercampur antara halal dengan tidak halal, memproses kenderaan yang tidak sempurna sembelihannya dan membawa masuk bahan tidak halal ke premis atau syarikat yang mendapat PHM serta menggunakan ‘stunning’ menyebabkan haiwan mati.

Saturday 7 May 2011

Apabila Sam (D’lloyd) Ajak Raja Perlis Nyanyi…

 
Konsert D'lloyd 'Semalam Di Malaysia' sedang berlangsung di Istana Budaya sehingga 8 Mei ini. - Foto RICKY LAI
 
KUALA LUMPUR: Konsert D’lloyd ‘Semalam di Malaysia’ menjadi gamat apabila vokalis Syamsuar Hashim (Sam) mengajak Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk sama-sama menyanyikan sedikit lagu Cinta Hampa di Istana Budaya, Jumaat.

Bagaimanapun, Tuanku Syed Sirajuddin menolak pelawaan tersebut dengan cara yang baik.

Biarpun begitu, penyanyi berasal dari Indonesia itu meneruskan persembahannya dengan menyanyikan lagu-lagu popular mereka termasuklah Rintihan Hidup, Sepanjang Lorong Yang Gelap, Keluhan dan Rintihan, Rambutmu Rambutku, Pandang Pandangan, Semalam Di Malaysia, Khayal dan Penyair, Titik Noda dan Nasib.

Kebanyakan penonton yang hadir menonton persembahan itu berusia 40 tahun ke atas. Walaupun penulis kurang mendengar lagu-lagu kumpulan yang popular sejak tahun 60-an itu, namun setiap lagu yang didendangkan mampu memikat hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Vokal Sam masih bertenaga dan menghiburkan.
Ada juga peminat tegar kumpulan muzik legenda dari Indonesia itu sanggup datang dari Sarawak semata-mata untuk menonton persembahan kumpulan yang kali terakhir muncul di negara ini pada 1978.
Begitulah aura dan penangan D’lloyd yang masih malar hijau serta diminati sehingga sekarang tidak kira peringkat usia.

Abang Sam meninggal dunia
Walaupun Sam menerima berita sedih tentang abangnya, Norman Hussein yang meninggal dunia pada pukul 5.40 petang, Jumaat, dia tetap meneruskan persembahannya.

Kata Sam, setiap urusan dunia perlu diteruskan dan dia redha dengan pemergian arwah abangnya itu.
Yuyun menunjukkan kehebatannya bermain flute.
Selain vokal Sam yang sedap didengar, kehebatan Yuhanny Fatmarida Susilo (Yuyun) bermain flute cukup mempesonakan. Malah, Yuyun juga mempunyai vokal yang merdu apabila menyanyikan beberapa buah lagu seperti Engkau Laksana Bulan nyanyian P.Ramlee dan Fatwa Pujangga.

Konsert yang turut menampilkan penyanyi tempatan, Datuk Ahmad Jais itu dipentaskan sehingga 8 Mei ini.
Kumpulan D’lloyd turut dianggotai oleh , Bartje Van Houten (gitar), Chairul Daud (Khairul/dram), Candra Chasmala (keyboard) dan Uce F Tekol (Tooto/bass). Sementara persembahan mereka diiringi oleh orkestra di bawah pimpinan komposer terkenal S. Atan.

Untuk pembelian tiket atau maklumat lanjut, sila layari laman web www.ticket2u.com atau hubungi talian 03-41478600, 019-3391445 dan 019-2757192.

Sunday 1 May 2011

7 NGO buat laporan polis

2011/05/01
KUALA TERENGGANU: Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Terengganu hari ini membuat laporan polis berhubung kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Tujuh NGO itu ialah Kelab Belia Generasi Prihatin, Sahabat Laut Malaysia (Selam), Gerakan Belia 4B Terengganu, Kelab Permotoran Parlimen Kuala Terengganu, Persatuan Pendekar Marang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Alumni 4B Terengganu. Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Selam, Ismail Awang yang mewakili kesemua NGO di ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 2 petang tadi. Ketika ditemui pemberita, Ismail berkata, dalam laporan itu, semua NGO berkenaan menentang sekeras-kerasnya tindakan biadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta PAS yang didakwa membawa masuk orang bukan Islam dan mencemarkan kesucian masjid.

Beliau berkata, tindakan itu dilihat sebagai langkah terdesak pihak tidak bertanggungjawab dengan menjadikan masjid sebagai tempat baru berdemontrasi selain menunjukkan sikap tidak profesional kerana menggunakan rumah Allah untuk berpolitik.

"Tujuan kami membuat laporan ini bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak tetapi bertindak demi menjaga kesucian agama Islam serta maruah umat Islam yang telah diaibkan dengan kejadian itu," katanya.

Ismail berkata, polis diminta menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang terlibat demi menjaga kehormatan Islam sebagai agama rasmi negara.
Jumaat lalu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As bagi membuktikan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam rakaman video seks membabitkan seorang pelacur dipercayai dari China.

Sambil memegang kitab suci al-Quran, Shazryl Eskay menyempurnakan lafaz laknat kira-kira jam 4.25 petang walaupun sebelum itu ada usaha menghalang acara itu diadakan.

Turut sama dua lagi trio Datuk T, iaitu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim. - BERNAMA

Friday 29 April 2011

Gambar-gambar ceramah di Ampang

YB Tian Chua sedang berucap





Suasana aman tiada sebarang kekecohan sehingga kini. Mungkin mereka tiada sebarang alasan untuk 'menyerbu' ceramah ini sebab diadakan di dalam dewan

Thursday 28 April 2011

Datuk T’ bakal didakwa di mahkamah minggu depan

Fazy Sahir | April 28, 2011

 Ekoran pendedahan klip video seks yang kononnya melibatkan pemimpin kanan pembangkang.

KUALA LUMPUR: Pendedahan mengenai video seks yang didakwa pelakunya adalah pemimpin kanan pembangkang oleh kumpulan yang dikenali sebagai trio ‘Datuk T’ itu dijangka membawa mereka ke muka pengadilan kelak.

Menurut ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada Datuk ‘T’, mereka akan didakwa minggu depan.

Dua lagi tokoh dalam kumpulan ‘Datuk T’ ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim.

Wednesday 27 April 2011

Saman Ekor : Kerajaan patut pohon maaf, pulangkan bayaran kompaun

Jawatankuasa kempen Anti Saman Ekor (KASE) mendesak kerajaan meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, khasnya pemilik kenderaan dan pemegang lesen yang disenarai hitam tanpa bukti sebelum ini.

Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata,  kerajaan juga perlu memulangkan segala bayaran kompaun yang telah dibuat pemilik kenderaan akibat kaedah senarai hitam itu.

Selain itu, katanya, kerajaan juga  digesa mengeluarkan rekod kesalahan yang tidak dibuktikan di Mahkamah daripada sistem Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan serta menghapuskan semua saman ekor yang tidak dibuktikan.

Kedah timbang cukai UUM dibayar ansuran

Apr 27, 11 12:43pm
 
penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 01Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menasihatkan pihak pentadbiran Universiti Utara Malaysia (UUM) agar tidak mengeluarkan kenyataan tidak tepat kepada media berhubung isu cukai tanah kampus itu, lapor Harakahdaily.

Katanya, UUM perlu cermat dalam kenyataan mereka kerana kerajaan negeri Kedah sentiasa membuka ruang perbincangan dan bersedia menimbang untuk membenarkan universiti itu membayar cukai tanah secara ansuran.

“Sebaiknya janganlah pihak UUM membuat kenyataan yang tidak tepat kepada media,” katanya kepada wartawan di Wisma Darul Aman semalam.

Menurut Azizan, pihaknya bersedia menimbang semula permohonan rebat cukai tanah daripada kampus itu sekiranya mereka membuat permohonan baru.

Tuesday 26 April 2011

Pemilik kereta jatuh di KB Mall dipenjara 1 tahun

Seorang penjaga burung layang-layang dijatuhi hukuman penjara setahun kerana cuai sehingga menyebabkan kematian dua penuntut kolej kejururawatan selepas keretanya menjunam di Kompleks Membeli belah KB Mall pada 2009.

NONEMasjistret Norhaslinda Che Seman menjatuhi hukuman itu setelah Mohd Sabri Jusoh, 29, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan disabitkan bersalah.

Dia dituduh menyebabkan kematian dengan cuai terhadap Siti Amira Shamsudin, 19, dan Siti Nur Dianah Azman, 23, di kawasan Kompleks Membeli Belah KB Mall, pada 5.10 petang, 6 Disember 2009.

Mohd Sabri didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya

Inilah artis-artis Melayu ... menarikkan ...





KL Gangster -




Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang (durasi ke 0:42). Itu adalah skrip dalam filem KL Gangster arahan pengarah muda Shamsul Yusof


MalaysiaSensasi.Net

Politik kotor - Kemana hala tuju generasi muda


Oleh: Siti Aishah Shaik Ismail

Mutakhir ini kita melihat negara semakin dihimpit dengan sikap politik kotor yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa.
Saban hari, hampir keseluruhan media menyajikan hidangan pemikiran kotor kepada generasi muda untuk menggambarkan suasana sebenar politik negara.
Media yang dikawal secara jelas dan berterusan menjadi boneka menjalankan propaganda liar yang tidak matang untuk ditatap oleh anak muda yang akhirnya menjejaskan kualiti generasi hari ini.
Perancangan anak muda terbantut apabila kehidupan diasak hebat dengan cara pemerintah mentadbir urusan rakyat. Ia sebenarnya adalah bukti beban dan punca masalah generasi ini.
Kos sara hidup yang meningkat, hutang yang semakin membebankan, keadaan dan persekitaran semasa yang tidak memberikan jaminan keselamatan memberi gambaran kepada generasi muda bahawa harapan untuk mempunyai sebuah kehidupan yang bernilai pada masa hadapan pudar dan lenyap.
Peningkatan masalah sosial dan akidah remaja semakin teruk dan membimbangkan. Saban hari muncul permasalahan baru dikalangan remaja yang dilaporkan.
Namun, ia hanya menjadi topik perbualan pinggiran dan tidak dibahaskan secara serius yang akhirnya meletakkan nasib mereka seolah-olah sedang diperjudi dan digadaikan atas nama kuasa.
Anak muda disajikan dengan hiburan yang terus melalaikan dari memikirkan kedudukan dan peranan mereka dalam sebuah negara yang bertamadun.
Manakala, pemerintah dilihat lebih senang melihat generasi ini untuk lalai dan tidak memikirkan langsung usaha meningkatkan kualiti kehidupan, yang seharusnya digarap melalui pendidikan, tahap kefahaman agama dan nilai kemasyarakatan yang lebih bertanggungjawab.
Namun, perkara yang penting dan perlu diberikan perhatian ialah nasib dan hala tuju generasi muda.
Tumpuan dan perhatian khusus kepada generasi ini perlu diberikan sehabis daya dengan fokus, kerana generasi ini adalah insan yang akan meneruskan perjuangan pada masa akan datang.
Sekiranya kerajaan masih meneruskan lanskap politik dinegara ini secara semberono dan membabi buta, apakah yang menjadi harapan kita untuk melihat generasi muda mencipta sebuah perubahan?
Kerana itulah anak muda keseluruhannya diseru untuk melakukan perubahan agar dilihat sebagai suatu kumpulan pendesak yang digeruni oleh pemerintah yang tidak tahu dan menghormati hak generasi ini untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik dan terjamin.
Ayuh anak muda kita berubah !!!
Penulis adalah Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia

Monday 25 April 2011

PAS tawar bantuan guaman untuk keluarga Sarbani

Mohd Farhan Madzlan
KELANA JAYA, 25 April: PAS melalui Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Pusat telah menziarahi keluarga allahyarham Ahmad Sarbani Bin Mohamad di kediamannya di Kelana Jaya semalam.

Kunjungan ini dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas yang dikendalikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan At-tantawi bersama ahli keluarga allahyarham dan 30 orang ahli dan masyarakat setempat turut hadir sama dalam kunjungan tersebut.

Ahmad Sarbani meninggal selepas dikatakan jatuh dari tingkat empat bangunan SPRM Kuala Lumpur selepas beliau ke pejabat itu baru-baru ini. Ekoran itu pelbagai andaian dibuat bagaimana beliau jatuh dan meninggal.

Sebelum ini, para pemimpin kanan PAS turut menziarahim keluarga beliau bagi mengucapkan takziah atas kejadian itu.

Nasruddin mengucapkan takziah kepada balu allahyarham Sarbani (Puan Maziah Bt. Manap) serta keluarga dalam insiden dan memohon agar terus bersabar dalam menempuh hidup.

Nasruddin berkata, “Kita dari Dewan Pemuda dan rombongan yang hadir mengharap dan berdoa agar puan sekeluarga diberikan ketenangan dan keadilan yang sebenar.

(Gambar: Pimpinan Muslimat PAS bergambar bersama keluarga Allahyarham Sarbani)

“Kita juga telah bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman bagi membela Allahyarham serta kos guaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh Dewan Pemuda PAS Pusat,” tambah Nasruddin lagi.

Wakil keluarga yang juga merupakan adik kepada Allahyarham (Hussin bin Mohamad) turut berterima kasih atas kesudian PAS untuk datang mengujungi keluarga mereka dan bersama-sama membantu mereka untuk mencari keadilan bagi keluarga mereka.

Apabila ditanyakan apakah tindakan yang bakal dilakukan oleh pihak keluarga dalam kes tersebut, Maziah mengatakan masih menunggu hasil siasatan selesai.

“Kami masih menunggu siasatan polis sehingga selesai dan selepas itu kita akan buat tindakan hasil dari keputusan siasatan tersebut,” kata Maziah yang telah berbincang dengan peguamnya yang juga merupakan abang iparnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh juga turut memberikan sokongan kepada balu Allahyarham serta keluarga agar lebih cekal dan bersabar.

Dewan Muslimat juga bersedia untuk menyalurkan kebajikan dan membantu bagi meringankan bebanan keluarga allahyarham yang telah meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.

Tiga daripada mereka masih lagi belajar di sekolah.

Di akhir pertemuan tersebut sedikit sumbangan juga telah disampaikan kepada keluarga Allahyarham oleh Ustaz Nasruddin dan juga Ustazah Nuridah mewakili kedua-dua dewan.

Kunjungan malam tadi turut dihadiri oleh Ustaz Hasbullah Ridwan (Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor) dan Ustazah Wan Hasrina Wan Hasan (Ketua Dewan Muslimat Pas Selangor) serta exco-exco kedua-dua dewan - HD

Kase gesa PDRM hapus semua saman perangkap laju

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
April 25, 2011
KUALA LUMPUR, 25 April – Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyambut baik langkah Polis Diraja Malaysia menamatkan sistem perangkap laju, yang menjadi punca rungutan notis saman ekor sambil mendakwa ia membuktikan dakwaan pihaknya selama ini adalah benar.

Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, pengumuman yang dibuat Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar membuktikan sistem perangkap laju dikuatkuasakan selama dua dekad sebenarnya sesuatu yang tidak wajar dan mahu semua saman kerana perangkap laju dibatalkan.

“Pengumuman Timbalan Ketua Polis Negara itu juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar.

“Undang-undang dan peraturan bukan untuk mengenakan mana-mana pihak, tetapi bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat, tindakan menyorok di belakang tiang dan sebagainya yang dilakukan polis selama ini bukan pendekatan yang baik dan wajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Khalid berkata pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.

“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” katanya.

Selama ini banyak pihak mempertikaikan notis saman dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Kase yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, langkah terbaru yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menimbulkan beberapa persoalan baru termasuk status saman ekor yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Justeru beliau mendesak agar saman-saman ekor sebelum ini dihapuskan kerana ia dibuat secara tidak telus.

“Apabila Timbalan Ketua Polis Negara mengumumkan teknik menyorok tidak akan digunakan, apakah status saman ekor yang dikeluarkan dahulu? Apakah status ‘saman ekor’ yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan?

“Kase berpendapat bahawa saman ekor yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman Timbalan Ketua Polis Negara dibuat hendaklah dihapuskan.

“Ini kerana saman-saman ekor tersebut dikeluarkan secara tidak telus malah lebih kepada penyalahgunaan peraturan oleh pihak PDRM. Adalah lebih baik melupuskan sahaja daripada membuang masa dan tenaga untuk menguatkuasakan sesuatu yang tidak betul,” katanya.

Selain itu tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, pihaknya juga mahukan penjelasan daripada PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung penguatkuasaan had laju yang berkuatkuasa Februari lalu menggunakan Sistem Penguatkuasaan (AES).

AES dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.
“Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 mula berkuatkuasa pada 1 Februari 2011 dengan menggunakan AES di mana ia merangkumi kesalahan-kesalahan seperti memandu had laju, tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu kenderaan selain bas di lorong bas.

“Apakah status saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM sejak Februari lalu? Tidakkah ia bertindih dengan AES? Penjelasan perlu diberikan supaya tidak ada penguatkuasaan bertindih dilakukan di mana pengguna akan terbeban dan dizalimi. “Adakah dengan pengenalan dan pelaksanaan AES ini bermaksud PDRM tidak lagi menjalankan operasi perangkap had laju?” soal Mahfuz.

Selain mendesak kerajaan menghapuskan saman ekor, Mahfuz berkata pihaknya juga menuntut agar lebih banyak kempen penerangan dibuat berkaitan AES dan Akta Pengangkutan Jalan kepada rakyat.

“Kase berpendapat Akta Pengangkutan Jalan 2010 yang diperkenalkan masih tidak difahami oleh rakyat. Bagaimana hendak kuatkuasakan undang-undang jika rakyat tidak pernah diberikan pemahaman dan maklumat.” - TMI

Anwar adalah lelaki Y

Pendakwa dalam perbicaraan liwat II - buat pertama kalinya - bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Lelaki Y' - pemilik DNA yang tidak dikenali sebelum ini, yang ditemui dalam dubur pengadu.

Peguamcara 11 Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Anwar ialah satu-satunya orang yang ditahan dalam sel lokap pada 16 Julai 2008.

azlanDNA itu ditemui pada tiga barangan di situ yang didapati sepadan dengan DNA yang ditemui di kawasan rektum rendah pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sumber DNA tersebut sehingga ini dinamakan sebagai 'Lelaki Y'.

"Ini mengesahkan bahawa "Lelaki Y" itu adalah Anwar. Ini menunjukkan ada prima facie," katanya sambil menambah bahawa kes tersebut telah 'melampaui keraguan yang munasabah'.

Beliau seterusnya berhujah bahawa dua laporan ahli kimia bebas menunjukkan berlaku penetrasi.

Shamsul AMK dedah penyelewengan wang zakat Melaka

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa wujud penyelewengan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang mengalami kerugian akibat kaedah pengurusan hartanah yang lemah.

Ia berhubung kegagalan projek usaha sama MAIM dengan syarikat Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) untuk membina Kompleks MAIM yang sepatutnya disiapkan pada bulan Jun 2004.

Dalam blognya hari ini, Shamsul mendakwa MAIM gagal untuk menguatkuasakan perjanjian projek usaha sama tersebut sehingga menyebabkannya terpaksa mendahulukan wang zakat berjumlah RM13.85 juta untuk pembangunan kompleks berkenaan.

“Juga berlaku kecuaian oleh pihak MAIM yang mengakibatkan tanah milik MAIM terjual kepada pihak ketiga oleh RMSB, walaupun pada ketika itu perjanjian usaha sama telah dibatalkan.

“Manakala projek pengubahsuaian Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka terpaksa ditanggung oleh MAIM melalui pendahuluan dari peruntukan Baitulmal  dengan jumlah RM1.80 juta.

“Kelemahan yang diperhatikan ialah pembangunan tanah oleh MAIM yang dijalankan secara usaha sama, projek pengubahsuaian Kompleks Perniagaan Al-Azim, kaedah pelaksanaan pengurusan hartanah, penyelenggaraan rekod hartanah dan pemantauan hartanah MAIM,” katanya yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK).

Menurut Shamsul, di bawah Seksyen 77 dan 78 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, Majlis Agama Islam Melaka telah membuat ketetapan untuk memastikan bahawa semua harta wakaf dan baitulmal diletak hak atas nama MAIM, selaras dengan kuasa yang diberi.

Namun katanya, pengurusan hartanah MAIM yang tidak memuaskan telah mengakibatkan kerugian, manakala pemantauan yang tidak berkala dan berterusan mengakibatkan berlakunya kelewatan pendaftaran tanah wakaf, pencerobohan tanah baitulmal dan lokasi tanah wakaf tidak dapat dikesan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12183

PERKASA berdemo depan pejabat MCA

Kira-kira 50 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhimpun di depan ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur bagi membantah gesaan parti itu untuk memboikot Utusan Malaysia.

Mereka melaungkan slogan "Hidup Melayu", "Hidup Utusan Melayu" dan bertakbir selain membawa poster bertulis "MCA jangan main api".

Menganggap akhbar itu sebagai pembela orang Melayu, Setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata perhimpunan itu diadakan kerana MCA terus menyentuh sensetiviti kaum itu.

"MCA tidak pernah berhenti mendesak... Kalau teruskan dia akan terima padahnya," kata Syed Hassan kepada pemberita selepas perhimpunan ringkas sepuluh minit.

Sebelum itu, pihaknya juga menghantar "notis amaran empat perkara" kepada pemimpin tertinggi MCA yang kandungannya tidak didedahkan kepada media.

Ia diterima oleh seorang setiausaha kepada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek -



- Malaysiakini