Thursday 28 April 2011

Datuk T’ bakal didakwa di mahkamah minggu depan

Fazy Sahir | April 28, 2011

 Ekoran pendedahan klip video seks yang kononnya melibatkan pemimpin kanan pembangkang.

KUALA LUMPUR: Pendedahan mengenai video seks yang didakwa pelakunya adalah pemimpin kanan pembangkang oleh kumpulan yang dikenali sebagai trio ‘Datuk T’ itu dijangka membawa mereka ke muka pengadilan kelak.

Menurut ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada Datuk ‘T’, mereka akan didakwa minggu depan.

Dua lagi tokoh dalam kumpulan ‘Datuk T’ ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim.

“Ada beberapa lagi siri sidang media selepas ini. Kami mungkin didakwa minggu depan,” katanya dalam sidang media awal petang tadi.

Semalam Eskay secara sukarela menyerahkan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dirinya ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan rakaman video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Malah rakaman video seks bahagian kedua yang diberi judul ‘Papa Nurul Izzah Part II’ itu dimuat turun ke laman sosial- Youtube semalam.

Rakaman bahagian kedua berdurasi selama satu minit 47 saat dipercayai dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama ‘wakparjosudorno’ serta laman blog seperti Pisau. Net di http://www.pisau. net/ dan Papa Gomo di http://www. papagomo.com/. Ia dipercayai babak-babak akhir rakaman video asal selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Seri Carcosa baru-baru ini.

Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air digemparkan apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.

Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik

No comments:

Post a Comment