Wednesday 27 August 2014

Selebriti Popular Bakal Jayakan DFP Seni Festival 2014

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya mempersembahkan DFP Seni Festival 2014 pada bulan September ini. Ini adalah kali kelima DFP menganjurkan sebuah pesta keraian yang menyajikan muzik ekstravaganza dalam perayaan seni selama satu minggu.
Menerusi festival yang lepas, DFP dan Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) telah meraikan pelbagai genre muzik dengan kolaborasi bersama artis-artis tempatan, pelukis-pelukis tersohor dan badan-badan kesenian. Untuk festival kali ini, DFP kekal dengan matlamat meneruskan kelangsungan memupuk bakat dan muzik tempatan namun mengambil pendekatan yang sedikit berbeza untuk menjadikan festival kali ini unik dan tersendiri.
Festival ini akan membuka tirainya pada 16 September 2014 dan akan berakhir pada 21 September 2014, mempersembahkan dua konsert bercorak ‘unplugged’, satu konsert MPO dan sebuah pameran sepanjang minggu.
Konsert ‘unplugged’ bertemakan Akustika dan menampilkan ramai artis, dari bakat baru hingga ke mereka yang mempunyai nama kukuh dalam industri seni tanahair. Mereka akan mempersembahkan lagu-lagu popular yang merangkumi pelbagai genre muzik; dari ‘indie’, pop, rock dan R&B hingga jazz. Ia menunjukkan bahawa industri tidak pernah ketandusan artis berbakat besar dan mereka diberi peluang membuat persembahan di pentas bertaraf antarabangsa dan disokong oleh akustik DFP yang ampuh.
DFP Seni Festival 2014
Akustika 1 dijadualkan berlangsung pada hari Selasa, 16 September 2014 menampilkan artis/kumpulan ‘indie’ seperti:
MasaArtis & Kumpulan
3.30 ptgOAG & Man Kidal
4.00ptgSharin Band menampilkan Muzza
4.30ptgAlex Subryn
5.00ptgAndy Flop Poppy & Az Samad
5.30ptgDiandra Arjunaidi
6.00ptgBassment Syndicate
 Sesi 2
8.30mlmSeven Collar T-Shirt
9.00mlmLab The Rat
9.30mlmMonoloQue
Akustika II pula dijadualkan pada hari Sabtu, 20 September 2014 menampilkan artis-artis terkenal seperti:
MasaArtis & Kumpulan
3.30ptgHujan
4.00ptgFredo
4.30ptgJay Jay
5.00ptgElvira Arul
5.30ptgDavid Gomes
6.00ptgBunkface
 Sesi 2
8.30mlmAtilia
9.00mlmNing Baizura
9.30mlmZainal Abidin
Festival ini akan diakhiri dengan konsert MPO bertemakan Malaysia Tanah Airku pada hari Ahad, 21 September 2014 jam 8.30 malam. Ini adalah bersempena dengan pelancaran CD MPO dengan tajuk yang sama mengandungi lagu-lagu patriotik dan tradisional yang digubah semula. Setiap lagu mempunyai ceritanya sendiri, melambangkan kekayaan warisan tempatan dan memupuk tema sejagat seperti cinta, pengorbanan dan harapan.
Penonton akan dibawa mengimbau kenangan lama melalui lagu-lagu seperti Seri Mersing, Tanah Pusaka, Cindai, Jauh Jauh, Jeritan Batin dan Puteri Santubong. MPO bakal dipimpin oleh Jason Lim dan akan berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi tersohor seperti Dato’ M Nasir yang akan membawakan lagu Bonda, Dato’ Yusni Hamid (Tinggallah Mustika Hati), Nassier Wahab (Warisan) dan Alyah (Joget Kenangan Manis).
Penganjuran DFP Seni Festival 2014 ini adalah bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia (yang jatuh pada 16 September) dan Tahun Melawat Malaysia 2014. Dapatkan Pass Festival berharga RM120 untuk menyaksikan ketiga-tiga konsert. Bersama-samalah meraikan kemeriahan festival ini, hanya di DFP!

Maklumat Konsert

Tempat
Dewan Filharmonik PETRONAS
Menara Berkembar PETRONAS
Harga Tiket (Akustika I & II)
RM100 dan RM70
Harga Tiket (Malaysia Tanah Airku)
Premium: RM150, A Reserve: RM100, B Reserve: RM60, C Reserve: RM40
Pass Festival: RM120
Box Office
Selasa hingga Sabtu:10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam pada hari konsert
Ahad: 12.00 tengahari hingga ke waktu persembahan
(Tutup pada hari Isnin dan hari cuti umum kecuali jika ada konsert yang dijadualkan)
Tempahan Telefon: 03-20517007 Tempahan Fax: 03-20517077
Tempahan Email: dfp_boxoffice@petronas.com.my
Laman Web DFP / MPO: www.mpo.com.my
Facebook: fb.mpo.com.my

OAG 3_resize

JayJay 1_resize

_sAMDL9422
Zainal0152_resize

No comments:

Post a Comment