Sunday 5 August 2012

Album baru Mawi - Cetakan pertama 5000 telah habis dijual

5000 Cetakan Pertama Album Mawi Habis Dijual
Kongsi Article Ini:
 0  13 
 
 
Namanya pernah mencipta fenomena dalam industri hiburan tanah air. Namun akhir-akhir ini, nama Mawi seakan suram dan dia seolah-olah dilupakan.
Mungkin ramai tidak tahu, ibarat diam-diam ubi berisi, Mawi baru sahaja mengeluarkan album yang berunsur kerohanian. Album yang diterbitkan oleh syarikat produksinya sendiri, MW Entertainment, berjudul Asmaulhusna Asmawi.
“Album ini sudah berada di pasaran dan akan dilancarkan tak lama lagi,” kata Mawi ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Astro di Hotel Royale Bintang Damansara, baru-baru ini.
Tambah Mawi, album ini hanya mengandungi 99 nama Allah yang diulang-ulang.
“Terdapat 11 track dalam album ini dan setiap track telah dipecahkan kepada beberapa nama-nama Allah,” katanya yang turut menerima khabar gembira apabila 5000 cetakan pertama album tersebut telah pun habis dijual.
Pada masa yang sama, Mawi juga sibuk di belakang tabir apabila dia baru selesai mengarahkan telemovie raya ‘Siapa Dapat Lisa’ terbitan MW Entertainment.
Telemovie yang akan ditayangkan pada raya kedua ini dilakonkan oleh kumpulan Sepahtu dan Yasmin Hani.
Mawi menyatakan dia berhasrat untuk mengarah sebuah filem yang berunsur komedi.
“Saya teringin untuk mengarah filem berunsur komedi seperti aksi komedi, komedi seram dan sebagainya,” kata Mawi.

Menyentuh soal persiapan Aidilfitri, kata Mawi, dia dan isteri, Ekin lebih menumpukan kepada persiapan untuk cahaya mata pertama mereka, Cahaya Malaika yang kini sudah berusia 5 bulan.

No comments:

Post a Comment