Wednesday 11 June 2014

Misha Mengaku Keluar Rumah Lupa Minta Izin Suami

..
Selama belum bergelar isteri, kebiasaannya segala hal diuruskannya sendiri. Setelah berumahtangga, seperti pasangan lain penyanyi bersuara gemersik, Misha Omar dan suami, Firos Ezzwan Rossly juga melalui proses dimana masing-masing belajar untuk satu fasa baru.
Menurut pelantun 'Angin Syurga ini, satu perubahan yang disedari berlaku pada dirinya sendiria ialah, dia kini lebih kerap ke dapur. Sejak sebulan berkahwin, masakan paling extreme setakat ini dimasak Misha untuk suaminya ialah nasi lemak.
Malah bercakap kepada blog hiburan rotikaya.com, Misha membongkar satu rahsia, dimana sejurus selepas majlis resepsi lalu, dia pulang ke rumah ibunya dan meninggalkan suami, anak dan anak buah lain tanpa memaklumkan kepada suami terlebih dahulu. Setelah dihubungi baru dia sedar bahawa dia tidak memberitahu suaminya untuk keluar.
”Sebelum ni kita buat semua benda pun bersendiri. Dah terbiasa berdikari tetapi sekarang dah tak boleh la. Nak kemana, saya akan inform suami dulu. Begitu juga dengan dia. Bulan pertama ni sebagai bulan adaptation untuk kami.” jelas Misha lagi
Sementara perubahan pada suaminya pula, Misha berkata, Firos menjadi terlebih manja. Setiap kali, Misha harus menghantar dan menjemputnya di lapangan terbang.
Dan perkara manis bagi Misha dari Firos adalah apabila sedang bekerja dia akan menghantar mesej memberitahu kesunyian kerana perlu makan berseorangan tanpa ditemani isterinya.

No comments:

Post a Comment