Wednesday 11 June 2014

Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak RM100,000 Dari Aidil


rita rudaini tuntut nafkah tertunggak rm100000 dari aidil

SHAH ALAM, 11 JUN 2014: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mawardi Che Man telah menetapkan tarikh pebicaraan penuh bagi kes tuntutan nafkah tertunggak lebih RM100,000 difailkan pelakon, Rita Rudaini, terhadap bekas suaminya yang juga pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, akan berlangsung pada 30 September ini.
Bagaimanapun ketika prosiding berlangsung Rita dan Aidil hanya diwakili peguam masing-masing.
Peguam Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, berkata hakim turut menetapkan 22 September ini sebagai tarikh pengesahan afidavit dan dokumen.
Beliau berkata, tuntutan nafkah berjumlah lebih RM100,000 yang difailkan Rita membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.
“Jumlah terbabit dikira bermula dari tarikh Aidil keluar daripada rumah mereka di Kota Damansara sejak Januari 2012, meninggalkan Rita serta dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.
“Tuntutan nafkah ini difailkan pada awal Januari lalu dan semua jumlah adalah nafkah tertunggak,” katanya ketika ditemui selepas prosiding semalam. Aidil Zafuan pula diwakili oleh peguam, Roshdan Sujak.
Sebelum ini, Rita turut menuntut nafkah anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang sebanyak RM5,392 sebulan.
Bagaimanapun, Aidil yang juga pemain pertahanan skuad JDT, menegaskan beliau hanya mampu membayar RM2,000 sebulan.

No comments:

Post a Comment